Anemia
Anemia (Kekurangan Sel Darah Merah). Kekurangan serius sel darah merah terutama elemen pengangkut oksigen yang mengandungi hemoglobin. Ini kerana kekurangan zat besi, folik asid dan lain-lain diet yang diperlukan.
Tanda-Tanda Anemia
Kulit pucat, hilang selera makan, tenaga berkurang, cepat letih, nafas pendek, hilang tenaga seks, rasa sejuk, kulit lembab, telinga berbunyi. Semua ini disebabkan amalan buruk pemakanan terutama pengambilan susu pasteur, tepung kanji, gula pasir, kuih yang manis dan kuat merokok.
Pemakanan Bagi Pesakit Anemia
1. Molasses (sirap pekat hasil dari gula) – Amat kaya dengan zat besi & kuprum yang membentuk darah yang kuat. 2 camca di dalam 1 gelas air suam, 2 kali sehari.
2. Minyak empeng jagung (wheat germ oil) – Merangsang keupayaan darah mengangkut oksigen, 1 camca minyak empemg jagung tulen selepas sarapan & makan malam (dapatkan di kedai farmasi).
3. Lesitin – Guna “Florence Fennel” atau dikenali “Finacchio” untuk kelancaran darah, 1 pain sehari atau campur separuh dengan jus karot, 2 pain sehari.
4. Sayur bayam – Kaya dengan zat besi,6 auns jus dicampur 10 auns jus karot,1-2 pain sehari. Ia mengandungi asid oxalat - sakit gout dan sendi tidak digalakkan memakannya.
5. Jus dandelion, asparagus, teh chrysanthemum, anggur hitam, pisang, apricot, buah atau jus cherries.
Seseorang yang mengidap sakit anemia disebabkan kekurangan oksigen dan zat besi, kebanyakkan kes kerana ketidakmampuan organ hati dan limpa untuk meresap dan berfungsi dengan baik. Menurut kajian makmal, 5-15 paratus sel darah merah dan putih akan meningkat dengan berpuasa air buah-buahan sahaja.
Seorang doktor Osteopati telah melaporkan tentang seorang wanita berumur 24 tahun menghidap sakit anemia, badannya lemah tidak bertenaga, tekanan darah rendah, jantungnya lemah dan kulitnya pucat. Setelah berpuasa dan diberi minum jus orange setiap 2 jam dan segelas air panas suam setiap 4 jam. Setiap hari dimandi dengan air panas suam selama seminggu, sel darahnya meningkat 75 peratus. Apabila darah meningkat barulah dia diberi diet seperti berikut:
1. Dimakan buah prunes, raisin, kurma dan pie apple.
2. Makan tengahari – Apple mentah, kacang gajus dan segelas air panas suam.
3. Makan malam – Daging lembu panggang dan daun salad.
Selepas satu bulan diet berikut, insyaallah penyakitnya akan sembuh.
Makanan Yang Perlu Dielakkan
Susu pasteur, kopi, teh, tepung kanji dan makanan dalam tin, awetan dan makanan manis.
Kesan dari rawatan terapi urut saraf tradisional ke atas penyakit anemia mungkin mengambil masa untuk sembuh kerana penyakit ini melibatkan organ dalaman. Pengambilan makanan yang berkhasiat adalah amat penting ke arah penyembuhan penyakit ini. Tapi anda boleh mendapatkan rawatan terapi urut saraf tradisional sebagai sokongan daripada orang yang pakar tentang rawatan terapi urut saraf tradisional.