Sakit Buah Pinggang
Berlebihan asid urik dalam buah pinggang kerana asid yang terlampau banyak di dalam darah hasil daripada penghadaman makanan yang tidak betul, asid urik akan membentuk ‘batu’ dalam buah pinggang. Rosaknya renal, buah pinggang gagal menapis keluar hasil kotoran daripada aliran darah. Pembengkakan dan jangkitan pada pundi kencing. Oleh kerana itu ia tersekat dari membuang keluar kotoran yang disalur dari buah pinggang.
Tanda-Tanda Penyakit Buah Pinggang.
Sukar buang air kecil atau kencing kerap dari biasa. Tisu-tisu badan membengkak dapat juga dilihat bengkak pada muka kerana pengumpulan cecair pada tisu. Sakit belakang, hilang selera makan, gatal-gatal badan, tidak sedar diri dan lemah-lemah badan.
Apa Yang Menyebabkan Sakit Buah Pinggang
Banyak sebab yang boleh menjurus kepada terjadinya penyakit sakit buah pinggang. Sebab-sebab tersebut adalah dirosakkan oleh dadah (pain killer), racun, bahan pengawet makanan seperti asid borik dalam kek, mi dan makanan bertepung. Demam kuning, kedudukan tulang-tulang yang tidak teratur dan anemia.
Sebab-Sebab Yang Boleh Merosakkan Pundi Kencing Yang Boleh Membawa Kepada Sakit Buah Pinggang
‘Batu’ yang tumbuh pada buah pinggang, pembesaran sistem peranakan, buah pinggang terapung dan cedera tulang belakang.
Penjagaan Pemakanan Oleh Pesakit Buah Pinggang
1. Asparagus – Memberi air kencing bau yang kuat yang menunjukkan ia membuang asid urik yang banyak.Kukus asparagus selama 3 minit.
2. Anggur hitam – Tekanan darah akan turun dan air kencing bebas dari albumin.
3. Tembikai – Kunyah dengan agak lama.
4. Timun – Mentah atau jus,boleh dicampur dengan jus karot,2 pain sehari diminum.
5. Air bali,kacang soya dan kobis.
Makanan Yang Perlu Dielakkan.
Garam, makanan awet, sos soya, kopi, teh, tomato, bayam masak, lada sulah dan alkohol.
Sakit Buah Pinggang Dan Rawatan Terapi Urut Saraf Tradisional
Boleh ke masalah sakit buah pinggang dipulihkan dengan rawatan urut? Jawapan kepada persoalan ini adalah masalah buah pinggang ni boleh juga diurut dengan rawatan terapi urut saraf tradisional. Perawat terapi urut saraf tradisional biasa mengurut di sekitar kawasan pinggang pesakit. Rawatan terapi urut saraf tradisional ini tidak banyak dapat membantu kerana ia berkait rapat dengan amalan dan juga penjagaan pemakanan kita semasa hari-hari biasa dan juga pada masa selepas berlakunya penyakit ini. Perlu diingatkan bahawa, penyakit buah pinggang ini adalah antara penyakit yang paling merbahaya kerana ianya melibatkan ‘kilang’ pemprosesan bahan kumuh dari badan manusia. Jika rosak buah pinggang, maka rosaklah kehidupan individu tersebut. Jadi berhati-hatilah dengan amalan dan pemakanan seharian kita. Dapatkanlah rawatan terapi urut saraf tradisional sekali-sekala untuk mencuci segala kotoran dalam darah kita. Jika terjadinya sakit buah pinggang, peratusan hayat kita untuk hidup amatlah tipis walau dapatkan rawatan terapi urut saraf tradisional.