Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi merupakan ketahanan aliran darah yang dikenakan oleh pembuluh darah. Dalam keadaan normal, tekanan ini dipertahan pada paras 120/80 mmHg. Tekanan dikatakan tinggi apabila menyamai atau melebihi 140mmHg untuk tekanan darah sistolik dan 90 mmHg untuk tekanan diastolik. Sekiranya berlaku sedikit penurunan darah di bahagian tertentu di bahagian tubuh, aliran darah akan dipertingkatkan dan jantung mengepam lebih kuat lagi. Begitu juga pembuluh darah akan melebarkan diameter sehingga salur darah diperkecilkan. Penyakit darah tinggi bukanlah penyakit yang persendirian. Ia adalah penyakit diakibatkan dari pelbagai punca yang menyebabkan tekanan darah tinggi terjadi.
Alat Pengesahan Darah Tinggi.
Alat yang digunakan untuk mengesahkan darah tinggi dinamakan sfigmomanometer. Alat ini berbentuk L yang dilengkapkan sebatang tiub kaca yang berisi raksa yang dihubungkan sebuah kuf dan pam getah. Tiub kacang mempunyai angka kosong sehinga 300.
Alat ini digunakan untuk mengukur tekanan salur darah seseorang. Salur darah yang diukur ialah salur darah brakial yang terdapat dilipatan siku. Kuf dililitkan pada lengan tangan dan diisi dengan udara dengan cara memicit pam getah. Salur darah pada lengan akan tertutup apabila tekanan kuf atau sfigmomanometer melebihi tekanan salur darah pada lengan atas. Corong stetoskop diletakkan pada kawasan lipatan siku.Kemudian tekanan kuf diturunkan perlahan-lahan. Pada masa yang sama paras raksa menandakan bacaan.
Tanda-Tanda Tekanan Darah Tinggi.
Ramai berpendapat tekanan darah tinggi boleh mengakibatkan pening kepala atau sakit di bahagian tengkuk. Keadaan ini tidak semestinya berlaku secara langsung , kerana tidak ramai pesakit darah tinggi mengadu mengalami sengal-sengal otot,mengadu sakit kepala atau tengkuk tetapi tidak menghidapi darah tinggi. Sebenarnya penyakit darah tinggi ini tidak memberikan tanda-tanda khusus kepada seseorang pesakit samada dari segi sakit ataupun ketidakselesaan. Penghidap darah tinggi berhenti memakan ubat dengan alasan penyakitnya sudah sembuh sehingga memberi komplikasi daripada penyakit tersebut. Penyakit-penyakit system endokrin yang menyebabkan hormon tertentu seperti phaeochromocytoma, conns syndrome, cushing disease, carcinoid syndrome dan lain-lain yang boleh menyebabkan darah tinggi. Biasanya ujian darah tinggi dan air kencing serta pemeriksaan buah pinggang dilakukan untuk memastikan penyakit ini bukan punca darah tinggi.
Punca-Punca Darah Tinggi.
Darah tinggi berpunca daripada pengambilan garam yang berlebihan. Kandungan garam yang terdapat dalam salur darah menyekat pengaliran darah secara cekap. Sungguhpun demikian masih terdapat beberapa faktor yang menjadi punca penyakit darah tinggi. Antara faktor-faktor yang menyumbang penyakit tersebut ialah:
i. Faktor Neurogenik
ii. Faktor Hormon
iii. Faktor Pemakanan
iv. Faktor Buah Pinggang
v. Menghisap Rokok
vi. Minuman Keras
vii. Faktor-Faktor Lain
i) Faktor Neurogenik
Faktor ini berperanan bagi jenis tekanan darah yang berkaitan dengan keturunan penghidap darah tinggi. Walaupun faktor ini menyumbangkan kepada kebarangkalian yang besar, tetapi sehingga kini pakar genetik masih belum dapat memastikan bahagian gen yang menjadi punca menurunkan penyakit darah tinggi. Para saintis dari Jepun membuktikan sifat tekanan darah tinggi dapat diturunkan kepada anak-anak tikus dengan mengahwinkan tikus-tikus percubaan dengan tikus yang mempunyai faktor tekanan darah tinggi. Faktor neurogenik ini berkait rapat dengan stress melalui pengaruh psikosomatik. Penyakit saraf yang dikesan melalui baroreseptor wujud akibat tekanan darah tinggi. Oleh itu, penyakit ini saling berkait secara berwaris daripada ibu bapa.
ii) Faktor Hormon
Terdapat dua hormon utama yang mempengaruhi tekanan darah iaitu hormon adrenaline dan noradrenalin. Hormon-hormon ini mengakibatkan konstriksi salur nadi sehingga memberi kesan terhadap tekanan darah.3 jenis hormon yang boleh mengakibatkan penyakit darah tinggi. Hormon tersebut adalah adrenalin, noradrenalin dan tiroksin. Hormon adrenalin dan noradrenalin dikeluarkan oleh kelenjar adrenal yang letaknya di bahagian atas buah pinggang. Pengeluaran seimbang kedua hormon ini adalah akan berfungsi sebagai agen penurun tekanan darah. Pengeluaran berlebihan pula akan memberi sesuatu yang tidak diingini iaitu akan menyebabkan tekanan darah jadi tinggi. Contoh yang biasa terjadi,iaitu ada sejenis tumor yang dihidapi oleh pesakit yang mempunyai masalah dengan kelenjar adrenalnya.Tumor tersebut berpunca daripada penyakit darah tinggi yang dilibatkan oleh kelenjar adrenal. Pada akhirnya, untuk menyembuhkan, tidak ada cara lain kecuali melakukan pembedahan kepada tumor itu.Hormon tiroksin pula berkait secara langsung dengan kelenjar tiroid dan penyakit beguk. Masalah pembengkakan yang terjadi pada kelenjar tiroid akan merembeskan hormon tiroksin dengan berlebihan dan mengakibatkan terjadinya penyakit beguk, cepat meradang, sentiasa menggeletar dan lain-lain.
iii) Faktor Pemakanan
Makanan yang mengandungi garam, lemak atau kanji, amat membahayakan kesihatan. Ketiga-tiga bahan ini mengandung kolestrol. Kolestrol yang berlebihan boleh menyempitkan salur darah. Penimbunan kolestrol di dalam dinding salur darah menyebabkan salur darah menjadi keras. Paras kolestrol yang tinggi boleh menyumbatkan arteri atau menjadikannya sempit dan mengakibatkan darah tinggi. Kebanyakan makanan mempunyai kandungan garam berlebihan seperti ikan kering, telur asin, udang kering dan sebagainya. Kelebihan garam dalam makanan adalah untuk menyedapkan makanan. Makanan yang tidak mengandungi garam akan menjadi tawar dan tidak menyelerakan. Kewujudan garam dalam badan akan menyebabkan air tidak dapat dikumuh dengan baik dan menyebabkan berlaku limpahan air di mana-mana bahagian dalam badan termasuk dalam salur darah. Air yang bertakung ini akan menyebabkan salur darah sembab dan seterusnya membengkak. Ia memberi natijah salur darah menjadi sempit dan akan menyebabkan darah tinggi. Satu lagi kesan berlaku lebihan garam dalam tubuh adalah isipadu plasma darah meningkat. Ini akan menyebabkan tekanan daran jadi tinggi.Pemakanan yang banyak mendorong ke arah penambahan berat badan juga akan memberi bebanan kerja berlebihan kepada jantung.Arteri akan menjadi kurang anjal dan ini akan menyebabkan tekanan darah jadi tinggi. Badan gemuk juga akan menjuruskan ke arah masalah obesiti yang menjadi punca kepada terjadinya darah tinggi.
iv) Faktor Buah Pinggang
Buah pinggang dan tekanan darah juga berkait rapat.Buah pinggang bermasalah akan memberi masalah kepada pengeluaran enzim renin yang ideal yang menyebabkan kepada masalah darah tinggi. Enzim renin ini dirembeskan oleh sel yang berada di bahagian hujung pembuluh darah hingga ke anggota buah pinggang.Sekiranya bahagian ini terdedah pada rangsangan renggangan atau kekurangan isipadu,darah akan mengalami kekurangan kandungan garam.Renin bertindak terhadap suatu bahan dalam plasma yang menghasilkan angiotensin 1 yang bertindak dengan satu enzim lain dan berubah menjadi angotensin 2. Angiotensin 2 adalah bahan yang kuat dan meningkat tekanan darah.
v) Menghisap Rokok
Bahan kimia yang menyebabkan darah tinggi dari rokok adalah tar,nikotin,karbon monoksida dan 2000 jenis bahan kimia lain.Tar dan nikotin yang dibawa oleh asap rokok ke dalam badan akan merosakkan dinding saluran arteri serta mengurangkan anjalnya.Hal ini seterusnya menyebabkan kolestrol tersumbat di saluran arteri itu.Yang paling merbahaya adalah nikotin.Nikotin mengandungi arsenik,sianida atau toksik yang boleh digunakan untuk membuat racun serangga.Karbon monoksida adalah gas yang mampu mengikat hemoglobin dua puluh kali lebih efisien daripada oksigen.Hal ini membuatkan oksigen dalam salur darah berkurangan dan memberi masalah kepada jantung untuk bekerja lebih kuat dari normal.Ini akan menyebabkan darah bertekanan tinggi.
vi) Minum Minuman Keras
Minum minuman keras secara berlebihan boleh member kesan kepada pengaliran darah.Ini disebabkan salur darah tersekat akibat kandungan garam yang berlebihan ditambah minuman yang beralkohol.Air minuman ini boleh member kesan yang sama kepada saluran darah dan boleh meningkatkan risiko terjadinya strok atau angin ahmar. Keadaan ini berlaku apabila jantung tidak berfungsi dengan baik.
vii) Faktor-Faktor Lain
Sememangnya pesakit diabetes mempunyai risiko untuk menghidap darah tinggi.Ini disebabkan paras gula yang berlebihan dalam aliran darah boleh mengakibatkan kerosakan saluran darah.Oleh itu, seseorang itu akan mudah menjadi marah apabila menghidap penyakit tersebut.
Komplikasi Darah Tinggi.
Darah tinggi boleh merosakkanbeberapa organ penting penghidapnya.Oleh itu pencegahan awal adalah penting untuk memastikan penyakit tersebut tidak menjadi serius. Pelbagai komplikasi boleh didapati di bahagian:
i. Otak
ii. Jantung
iii.Buah pinggang
iv. Mata
v. Saluran darah
i. Otak
Tekanan darah tinggi yang berada di tahap serius boleh menyebabkan saluran darah ke otak menjadi sempit dan tersumbat. Tekanan yang tinggi akibat tersumbat garam atau lemak akan menyebabkan saluran darah tersebut pecah dan berlaku pendarahan di otak.Selain itu, otak juga tidak dapat berfungsi dengan baik.Otak tidak dapat digunakan sepenuhnya disebabkan kelambatan berfikir dan sebagainya.Lazimnya, penyakit yang berkaitan dengan otak hanya menyerang golongan pekerja kolar putih yang memerlukan pemikiran yang tinggi.
ii. Jantung
Jantung merupakan satu organ yang digunakan untuk mengepam darah.Jantung pesakit ini terpaksa mengepam darah dengan kuat untuk mengatasi tekanan darah.Kesannya otot jantung akan menebal dan akhirnya tidak dapat berfungsi dengan baik.Lazimnya penghidap darah tinggi akan mengalami kekurangan oksigen apabila melakukan aktiviti seperti senaman atau kerja-kerja berat yang lain.Keadaan ini memaksa jantung bekerja dengan lebih pantas dan boleh menjejaskan jantung dalam jangka masa yang panjang.
iii. Buah Pinggang
Saluran darah kepada buah pinggang juga boleh menjadi rosak akibat tekanan darah tinggi.Kerosakan organ ini member kesan yang serius memerlukan pemindahan buah pinggang atau dialisis yang berterusan.Keadaan ini adalah serius kerana buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan tekanan darah yang tinggi.Selain itu darah yang pekat juga merosakkan buah pinggang sehingga tidak dapat berfungsi dengan baik.
iv. Mata
Pendarahan dalam mata boleh berlaku sekiranya tekanan darah tinggi tidak terkawal.Pada mulanya pandangan mata menjadi kabur,tetapi lama-kelamaan menjadi buta.Pada peringkat awal,masalah rabun ini boleh diubati, tetapi pada tahap kronik kerosakan mata sukar dipulihkan.
V. Saluran Darah
Tekanan darah tinggi merosakkan saluran darah ke anggota-anggota badan.Kesannya,bekalan darah ke anggota-anggota badan berkurangan dan boleh menyebabkan rasa sakit terutama di bahagian betis dan hujung kaki apabila berjalan.
Rawatan Darah Tinggi.
Amalan cara hidup yang teratur amat digalakkan terutama pesakit yang mengidap buah pinggang.Pemakanan yang seimbang dan senaman boleh mencegah pelbagai penyakit.Pesakit hendaklah mengurangkan pengambilan gula dan garam dalam menu seharian sebagai cara asas pencegahan.Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan harus berusaha mengurangkannya.Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk senaman dan kawalan pemakanan.Lebih penting bagi pesakit darah tinggi dinasihatkan meningkatkan pengetahuan tentang penyakit ,kesan dan komplikasi yang dialami.
Ubat-Ubat Pencegahan Darah Tinggi.
Bagi menangani penyakit darah tinggi, pelbagai rawatan dan ubat-ubatan yang digunakan untuk memastikan penyakit ini dapat dikurangkan.Antaranya :
i. Penghalang Beta
ii. Vasodilator
iii.Kalsium Antogonis
iv. ACE Inhibitors
v. Ubat-Ubat Lain
i. Penghalang Beta.
Penghalang Beta adalah ubat yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi.Ubat ini juga menurun dan memperlahankan denyutan jantung.Lazimnya ubat ini tidak diberikan kepada penghidap lemah jantung.Sekiranya pesakit mendapati penghalang beta tidak sesuai dan menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti tidur sering terganggu,mudah terasa letih,ubat yang lain akan diberikan.Ini kerana bukan semua pesakit sesuai menggunakan ubat tersebut.Ia bergantung kepada tindak balas badan masing-masing.
ii. Vasodilator.
Sekiranya ubat pengahalang beta tidak member kesan kepada penghidap darah tinggi yang kronik,ubat ini akan diberikan.Fungsi ubat ini adalah meluaskan/melebarkan salur darah untuk membolehkan darah berjalan dengan lancar dan secara automatik akan menurunkan keadaan darah tinggi.Sekiranya ubat ini masih memberi kesan sampingan seperti sakit kepala,jantung berdebar-debar dan sebagainya,tetapi kesan itu akan hilang dalam beberapa hari selepas digunakan.
iii. Kalsium Antagonis.
Ubat ini merupakan ubat yang paling popular.Ubat ini berupaya menurunkan tekanan darah tinggi dan menghilangkan kesan-kesan sampingan kepada pesakit darah tinggi.Kalsium antagonis bertindak membersihkan kalsium pada dinding arteri sehingga menjadi kendur dan mudah mengembang.Sekiranya ini berlaku, banyak darah dan oksigen sampai ke jaringan otot.Oleh itu, tekanan darah akan turun.
iv. ACE Inhibitors.
Ubat ini baru lagi diperkenalkan di Malaysia dan harganya mahal.Ubat ini berkesan untuk pesakit darah tinggi yang mengalami kerosakan buah pinggang. Sungguhpun demikian pengambil ubat ini akan member kesan sampingan seperti batuk dan menekan sistem semula jadi badan.
v. Ubat-Ubatan Lain.
Selain itu terdapat beberapa jenis ubat yang boleh menurunkan tekanan darah.Antara ubat-ubat yang digunakan untuk mengurangkan tekanan darah ialah reserpine,methyldopa dan clonidine.Ubat-ubat ini member kelegaan terhadap otak sehingga pesakit menjadi lesu,insomnia dan bibir menjadi kering.Namun begitu ubat tersebut tidak membahayakan kesihatan sekiranya mendapat pengesahan doktor.
Penyakit Darah Tinggi Di Malaysia.
Darah tinggi merupakan penyakit yang sering menyerang masyarakat Malaysia. Dilaporkan lebih daripada 2000 pengidap darah tinggi dikenal pasti setiap hari.Penyakit darah tinggi yang menyerang masyarakat Malaysia lebih merujuk kepada aspek pemakanan.Kebanyakan masyarakat menggemari makanan yang mengandungi jumlah garam yang berlebihan.Boleh dikatakan semua makanan mengandungi garam seperti ikan bilis,ikan kering,telur masin,jeruk dan sebagainya. Bahkan terdapat juga buah-buahan yang dicampur garam untuk melazatkannya.
Selain itu masyarakat Malaysia juga menggemari makanan yang berlemak.Kebanyakkan makanan digoreng menggunakan minyak yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi.Ini menambahkan jumlah kolesterol dalam makanan.
Pada masa yang sama sudah menjadi amalan masyarakat Negara ini tidak suka melakukan aktiviti yang menggunakan aktiviti yang menggunakan pergerakan fizikal.Kebanyakkan masyarakat yang berusia lebih 40 tahun hanya berehat di rumah tanpa melakukan senaman.Oleh sebab itu berat adalah melebihi tahap normal.Pada masa yang sama juga pembangunan yang pesat menjadi teratur kelangsungan tekanan darah tinggi.Oleh itu, penyakit darah tinggi hanya menjurus kepada masyarakat yang tinggal di kawasan bandar berbanding masyarakat desa yang relatif kecil penghidapnya.
Penyakit Darah Tinggi Di Dunia.
Penyakit darah tinggi terdapat di seluruh Negara.Namun begitu punca penyakit tersebut berbeza di sesebuah Negara.Negara yang maju dari segi pembangunan lebih melibatkan tekanan hidup.Misalnya masyarakat di Jepun menghidap darah tinggi disebabkan pembangunan yang amat pesat.Di Amerika Syarikat pula penyakit ini disebabkan faktor pemakanan makanan berlemak, sedangkan di Negara-negara membangun atau mundur lebih merujuk kepada pengambilan garam yang berlebihan.
Setiap hari terdapat beribu-ribu pesakit baru yang dilaporkan.Penyakit ini menjadi pembunuh ketiga di kebanyakan Negara selepas AIDS dan diabetes di Negara-negara maju,sedangkan di negara-negara membangun menjadi pembunuh kedua selepas penyalahgunaan dadah.Walaupun rawatan yang diberikan,tetapi pengamalan makanan yang tidak menentu terutama oleh golongan miskin menyebabkan penghidap menjadi bertambah serius.
Di Negara-negara miskin pula ubatan terhad sehingga jumlah kematian penghidap darah tinggi berlipat kali ganda tahun. Penyakit darah tinggi masih boleh ditangani sekiranya semua masyarakat dunia menjalani hidup yang sempurna. Pemakanan yang seimbang dan aktiviti fizikal yang sempurna adalah salah satu cara untuk memastikan tahap kesihatan yang baik.Hanya dengan ini sahaja kita dapat menangani penyakit darah tinggi.