Posted by Terapi Urut Saraf Tradisional :: Berurut untuk Pemulihan URAT SARAF
Sakit Belakang Badan
Apa Yang Menyebabkan Sakit Belakang (Lumbago). Menunduk apabila mengambil barang (sepatutnya bertinggung) kerana kepala kita adalah lebih kurang 5kg berat, ini akan memberi tekanan tinggi kepada belakang ketika tunduk. Berkebun, mengangkat barang berat, kerja-kerja dapur dan otot-otot yang menegang memberi tekanan ke atas saraf.
Makanan Yang Perlu Diambil Untuk Orang Yang Sakit Belakang.
Tabiat tidur yang baik, elak berat badan berlebihan dan tekanan. Mengambil analgesics dapat mengurang kan sakit.
Tambahan Makanan
1. Kompleks Celery – Biji celery campur Guaiacum sekali 3 kali sehari.
2. Fostat Besi – 15 mg 3 kali sehari.
3. Valerian – 300 mg 2 kali sehari dengan makanan.
4. Silika – 25 mg 2 kali sehari.
Rawatan Sakit Belakang Secara Terapi Urut Saraf Tradisional
Rawatan terapi urut saraf tradisional pada masalah sakit belakang adalah teramat penting. Tanpa rawatan terapi urut saraf tradisional, sakit belakang tidak akan hilang dengan mengambil ubat sahaja. Ini kerana, angin di belakang mesti dibuang. Angin tidak akan hilang tanpa disentuh dengan rawatan terapi urut saraf tradisional. Rawatan terapi urut saraf tradisional sakit belakang memerlukan seorang tukang urut saraf tradisional berkemahiran yang teliti dan halus. Selepas sahaja dapat rawatan terapi urut saraf tradisional sakit belakang tersebut, pesakit akan merasa lega dan badan merasa lebih ringan.
Sakit belakang terbahagi kepada beberapa kategori. Ada yang sakit belakang tahap kronik kerana pesakit tidak pernah mendapat rawatan terapi urut saraf tradisional seluruh badan sejak sekian lama hidup mereka. Jadi angin di belakang terlalu banyak, besar dan keras sehinggakan memerlukan berjam-jam untuk merawatnya. Ada sakit belakang tahap sederhana dan ada sakit belakang sikit-sikit sahaja.
Yang saya hendak tekankan di sini, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada sakit belakang anda dengan rawatan terapi urut saraf tradisional . Anda tak perlu bimbang tentang sakit belakang anda dan juga bakal tidak kerugian wang anda. Selepas ini anda akan menjalani kehidupan tanpa sakit belakang.. Ini tidak termasuk rawatan pemulihan untuk masalah ‘slip disc’. Jangan biarkan penyakit sakit belakang sebagai penyakit yang membebankan anda setiap hari. Paling tidak anda haruslah mencari tukang terapi urut saraf tradisional yang betul-betul mahir dalam rawatan terapi urut saraf tradisional khususnya beliau mengetahui teknik asas untuk beri rawatan urut sakit belakang.