• Whatsapp
  • Facebook
Terapi Urut Saraf Tradisional :: Berurut untuk Pemulihan URAT SARAF
  • Utama
  • UTAMA
  • PENYAKIT
  • TESTIMONI
  • VIDEO
  • HUBUNGI
Home » Lemah » Penyakit » Syahwat » Tenaga » Lemah Tenaga Syahwat

Lemah Tenaga Syahwat

Posted by Terapi Urut Saraf Tradisional :: Berurut untuk Pemulihan URAT SARAF
Add Comment
Lemah, Penyakit, Syahwat, Tenaga
Tuesday, July 9, 2019

Lemah Tenaga Syahwat - Terapi Urut Saraf Tradisional



Untuk pengetahuan, kebanyakan orang lelaki tidak terkecuali dengan masalah seperti yang disebut. Bagi orang lelaki, inilah punca kecergasan seseorang lelaki yang normal. Tetapi sekiranya menghadapi masalah tersebut, maka tercabarlah kewibawaan mereka sebagai seorang lelaki.

Di Malaysia, kajian telah dibuat dan didapati bahawa terdapat lebih 2 juta lelaki yang menghadapi masalah ini. Inipun bagi mereka yang melaporkan dan mungkin lebih lagi bilangannya. Ataupun boleh dikatakan 90 peratus lelaki menghadapi masalah lemah tenaga syahwat. Hanya mereka yang malu untuk bercerita dan memberitahu kepada orang lain walaupun kepada isteri mereka sendiri.

Sebab Lemah Tenaga Syahwat Bagi Lelaki - Terapi Urut Saraf Tradisional

Di antara sebab musabab seseorang lelaki itu menghadapi masalah lemah tenaga syahwat ini adalah:

1. Penyakit lemah tenaga syahwat yang disebabkan tekanan hidup. Sejarah hidup yang dilalui yang mana sejarah ini ada kaitan dengan kehidupan seks seseorang lelaki. Perkara-perkara buruk seperti kematian isteri yang amat disayangi di mana lelaki ini tidak dapat cara yang mudah untuk melempiaskan nafsu mereka. Mereka ini akan membelenggu perasaan mereka seorang diri. Sukar bagi mereka untuk meluahkan masalah ini kepada sebarang orang lebih-lebih lagi untuk mengadakan hubungan seks.

2. Faktor kedua adalah kerana aktiviti seks mereka sendiri. Terdapat lelaki yang tidak mempunyai pasangan wanita atau isteri yang boleh mereka lakukan hubungan seks, lalu mereka kerap kali menggunakan cara melempiaskan nafsu seks mereka dengan menggunakan tangan dan jari atau disebut onani(masturbation). Cara ini akan memberi kesan yang negatif kepada alat kelamin mereka. Berbagai kesan yang boleh dikatakan di sini di antaranya ialah mereka tidak akan boleh melakukan seks dengan wanita, ketika dan apabila mereka mempunyai pasangan untuk melakukan demikian. Alat kelamin mereka akan menjadi lembik dan tidak boleh berfungsi dengan baik. Ini adalah kerana kesan daripada perlakuan di atas yang dilakukan bertahun-tahun. Kesan psikologi yang amat mendalam memberi kepada kesan buruk ini. Fikiran mereka telah diprogram dengan cara yang tidak betul dan apabila hendak melakukan dengan cara tabie biasa, fikiran mereka tidak boleh lagi menerimanya. Urat saraf di bahagian alat sulit mereka juga akan menjadi rosak.

3. Faktor seterusnya adalah kerana terdapat lelaki yang terlalu banyak melakukan hubungan seks rambang/luar. Bagi lelaki yang sedemikian mereka merasakan seks adalah satu aktiviti yang tidak memberi mereka keghairahan yang amat sangat. Bagi mereka, seks adalah perkara biasa sahaja, kerana mereka merasakan kehadiran pihak yang berlainan, seks adalah perkara biasa dan sudah lali dengan keadaan tersebut. Dengan mengadakan seks dengan ramai wanita adalah aktiviti untuk melempiaskan nafsu sahaja tanpa memikirkan kenikmatan yang sebenar. Seks yang begini akan menghairahkan hanya untuk seketika, bukan untuk masa yang panjang. Dan boleh dikatakan aktiviti seks binatang.

4. Seterusnya terdapat lelaki yang mengalami lemah tenaga syahwat kerana mereka ini tidak memberi ruang kepada diri mereka sendiri disebabkan tumpuan utama pada kerja. Mereka tidak merancang aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan manfaat untuk kesihatan mereka. Mereka seharusnya melakukan aktiviti-aktiviti yang memberikan mereka tenaga fizikal yang sempurna seperti bersukan, aktiviti lasak, senaman dan ke gym. Aktiviti-aktiviti ini dapat menghindarkan mereka daripada penyakit seperti daah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.

5. Pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan seseorang lelaki menghadapi masalah ini. Kita lebih maklum bahawa zaman sekarang terlalu sukar untuk mendapat makanan yang segar tanpa bahan pengawet dan sebagainya. Pemakanan orang dahulu kala tidak bercampur dengan bahan-bahan pengawet dan makanan mereka kebanyakan dari sayuran, daging, ayam dan ikan yang tidak diawet dan ianya ditanam dengan cara tradisional tidak ada unsur-unsur baja kimia. Selain daripada itu,orang-orang dahulu kala tidak pernah meninggalkan petua-petua seperti mengamalkan pemakanan dan minumam herba-herba atau akar-akar kayu yang terpilih yang diproses dengan cara tradisional juga.Mereka meminum airnya. Mereka menjadikan serbuk herba untuk dicampur dengan minyak atau air untuk disapu dan sebagainya.Mengamalkan ayat-ayat tertentu dari surah Al-Quran sebelum berjima’ dan beberapa petua lain. Mereka melakukan kerja-kerja yang menggunakan banyak pergerakan mental dari penggunaan mental.

6. Tiada komunikasi atau tiada perbincangan dengan pasangan tentang permasalahan seks yang mereka hadapi. Atau para suami malu hendak memperkatakan masalah mereka dan para isteri juga tidak berfikiran terbuka, jadi masalah ini meracuni fikiran para suami. Lama-kelamaan mereka akan menghadapi tekanan psikologi.

7. Menghadapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Apabila lelaki dan juga wanita tidak terkecuali menghidap penyakit kencing manis atau darah tinggi, mereka adalah kalangan yang berisiko tinggi menghidapi lemah tenaga batin. Gula yang berlebihan akan membuatkan urat saraf mereka menjadi lemah kerana darah yang mengandungi gula boleh menjadikan urat saraf lemah. Kebanyakan orang yang mendapat kencing manis dan darah tinggi adalah terdiri daripada mereka yang tidak mengawal makanan dan membuatkan perut yang gendut menarik urat saraf kelamin ke dalam dan memendekkan alat kelamin mereka. Orang yang gemuk juga tidak boleh perform aktiviti seks mereka. Mereka akan cepat mencungap seolah-olah lelah.



Dapatkan Rawatan Terapi Urut Saraf Tradisional Lemah Tenaga syahwat

Dengan beberapa sebab di atas, kita telah mengetahui serba sedikit kenapa seseorang lelaki itu menghadapi masalah lemah tenaga syahwat. Dengan rawatan terapi urut saraf tradisional, permasalahan ini dapat diatasi dan seseorang itu akan sembuh dan dapat menikmati hidup yang lebih sempurna. Tetapi haruslah dipastikan mereka mendapat khidmat terapi urut saraf tradisional yang baik atau boleh dilakukan sendiri atau dengan bantuan para isteri. Kalau ingin mendapat rawatan urut tradisional, carilah dan pastikan mendapat orang yang betul-betul pakar dalam rawatan terapi urut saraf tradisional urutan batin, kerana jika tersilap, akan membazirkan masa dan mungkin wang anda. Sesungguhnya, alat kelamin yang rosak mesti di adjust / dipulihkan kembali dengan rawatan terapi urut saraf tradisional dari pakar rawatan terapi urut saraf tradisional dan lemah tenaga syahwat.

0 Response to "Lemah Tenaga Syahwat"

← Newer Post Older Post → Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Urut lembah klang,Urut kuala lumpur,Urut petaling jaya,Urut selangor,Urut kota damansara, Uruttradisional,Urutwargalembahklang,UrutKualaLumpur,UrutWangsaMaju,UrutKeramat, UrutGombak,UrutSriRampai,UrutMelawati,UrutKemensah,UrutSetapak,UrutGentingKlang, UrutUluKelang,UrutAmpang,UrutAmpangJaya,UrutPandanIndah,UrutTamanMuda,UrutMaluri, UrutCheras,UrutPudu,UrutBandarTunRazak,UrutSalakSelatan,UrutTamanDesa,UrutPantaiDalam, UrutSeputih,UrutBangsar,UrutDamansara,UrutBukitDamansara,UrutMontKiara,UrutKepong, UrutSelayang,UrutBatuCaves,UrutTamanSeriGombak,


ARTIKEL

  • Penyakit Uluran
    Penyakit Uluran Adalah sukar untuk memberikan pengertian mengenai sakit uluran dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini. Secara ...
  • Lemah Tenaga Syahwat atau Batin
    Lemah Tenaga Syahwat atau Batin - Terapi Urut Saraf Tradisional Sakit lemah tenaga syahwat atau batin dalam rawatan urut tradisional ...
  • Penyakit Asthma Atau Lelah
    Penyakit Asthma Atau Lelah Menurut Doktor Naturopati, penyakit Asthma bukanlah disebabkan Alergik tetapi ketidakupayaan untuk mengos...
  • Penyakit Strok
    Penyakit Strok Penyakit strok dalam rawatan terapi urut saraf tradisional boleh dilihat dalam beberapa keadaan seperti tidak dapat berk...
  • Kencing Dedas Atau Tidak Lawas
    Kencing Dedas Atau Tidak Lawas Kencing dedas atau juga dikenali sebagai buang air kecil tidak lawas di dalam rawatan terapi urut saraf ...
  • Sakit Lumpuh
    Sakit Lumpuh Sebab-sebab Sakit Lumpuh; Sakit lumpuh dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini boleh terjadi akibat daripada ...
  • Sakit Jantung
    Sakit Jantung Apa Itu Sakit Jantung Iaitu toksid/racun yang menyekat pembuluh darah. Ini menghalang otot-otot jantung, injap-injap ...
  • 7 Langkah Mencegah Dan Mengubati Batu Karang
    7 Langkah Mencegah Dan Mengubati Batu Karang Batu Karang Pengerasan elemen-elemen. Contohnya kolesterol dan berkumpul di dalam pu...
  • Diabetes - Penyakit Kencing Manis
    Diabetes - Penyakit Kencing Manis Tahukah ada dari manakah perkataan diabetes berasal? Perkataan diabetes yang memberi makna penyakit...
  • Sakit Belakang Badan
    Sakit Belakang Badan Apa Yang Menyebabkan Sakit Belakang (Lumbago).  Menunduk apabila mengambil barang (sepatutnya bertinggung) kerana ...

Pelawat



Blog Archive

  • ▼  2019 (20)
    • ▼  July (18)
      • Penyakit Sembelit
      • Sakit Sendi Atau Arthritis
      • Sakit Buah Pinggang
      • Sakit Belakang Badan
      • Penyakit Uluran
      • Sakit Jantung
      • Penyakit Strok
      • Kencing Dedas Atau Tidak Lawas
      • Anemia
      • Sakit Apendiks
      • Penyakit Asthma Atau Lelah
      • Hepatitis - Penyakit Hati
      • Diabetes - Penyakit Kencing Manis
      • Darah Tinggi Dan Tugas-Tugas Darah
      • Tekanan Darah Tinggi
      • Lemah Tenaga Syahwat
      • Lemah Tenaga Syahwat atau Batin
      • Sakit Lumpuh
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  December (1)

Footer Text

Footer Text

Footer Text

Footer Text

Back to top!
Copyright (c) 2014 Terapi Urut Saraf Tradisional :: Berurut untuk Pemulihan URAT SARAF. All Rights Reserved Distributed by Zatnet. Template by CB Blogger. Powered by Blogger.