Penyakit Strok
Penyakit strok dalam rawatan terapi urut saraf tradisional boleh dilihat dalam beberapa keadaan seperti tidak dapat berkata-kata, tidak dapat mengangkat tangan serta menggerakkan jari, tidak dapat mengangkat betis dan menggerakkan kaki. Kes strok dalam rawatan urut tradisional ini boleh berlaku dalam sekelip mata pada bila-bila masa terutamanya di waktu malam.
Strok dalam rawatan urut tradisional ini juga dikenali sebagai kecelakaan otot. Kes strok dalam rawatan urut tradisional ini disebabkan berlakunya kerosakan pada pembuluh darah di dalam otak. Ianya terjadi apabila sesetengah tempat di dalam otak tidak menerima bekalan darah yang mencukupi. Apabila bekalan darah tidak boleh sampai ke otak, maka akan rosaklah saraf pembawa berita atau motor nerve atau mungkin juga berlaku kerosakan pada saraf penerima berita.
Kes strok dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini yang serius biasanya menyerang seseorang dan terus tidak sedarkan diri buat beberapa ketika dan kadangkala boleh membawa maut dalam beberapa jam. Kesan daripada itu, sekiranya mangsa tersebut sedar kembali, ia akan mendapati bahawa sesetengah dari anggotanya di sebelah kanan atau kiri menjadi lumpuh, tidak dapat digerakkan. Adakalanya serangan strok dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini tidak menyebabkan pengsan tetapi ia tetap juga menyerang mana satu anggota tubuh dan biasanya terpaksa memakan masa yang lama untuk dipulihkan.
Biasanya, jika kerosakan pembuluh darah di otak itu terjadi di sebelah kanan, maka otot-otot dan urat pada anggota tubuh di sebelah kiri akan mengalami lumpuh dan begitulah sebaliknya.
Tempat-Tempat Yang Mudah Terkena Strok
Antara tempat yang dikenal pasti sering dan mudah diserang apabila terkena strok ialah di muka,mulut dan pipi, tangan dan lengan serta kaki dan betis. Jika diperhatikan, serangan penyakit strok lebih kerap menyerang kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita.
Jenis-Jenis Penyakit Strok Dalam Rawatan terapi urut saraf Tradisional
Ahli-ahli sains perubatan telahpun mengenalpasti bahawa terdapat sebanyak 4 jenis kes penyakit strok atau lumpuh yang antara lainnya termasuklah lumpuh di otak kerana kecelakaan/kemalangan, lumpuh di otak kerana kejang, lumpuh kerana gangguan saraf dan lumpuh di muka.
1. Lumpuh Otak Kerana Kecelakaan.
Kes dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini terdapat dalam 3 keadaan. Boleh jadi pembuluh darah di dalam otak telah pecah disebabkan oleh penyumbatan darah yang beku di tempat itu, yang mana disebut “Thrombosis”. Kes strok dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini mungkin terjadi semasa berlaku kemalangan di kaki, di pelvis atau arteries.
Akibat dari kes-kes yang tersebut di atas maka otot-otot dan urat menjadi bengkak dan tegang kerana tisu saraf di sekitarnya telah lumpuh sehingga tidak dapat berfungsi mengirim berita. Atau boleh jadi juga disebabkan oleh darah beku yang terapung lalu berlakulah penyumbatan pada pembuluh darah.
2. Lumpuh Otak Kerana Kejang.
Di sini pula anda akan mendapati beberapa jenis penyakit saraf di dalam badan manusia mempunyai tisu yang berfungsi mengatur kegiatan otot-otot. Sebagaimana tisu penerima (Sensory Nerves). Jadi bila mana salah satu mengalami peradangan, maka akan hilanglah keupayaannya untuk mengendalikan otot-otot yang dirangsangkan oleh saraf. Apabila keadaan ini berlaku, bukan sahaja anggota yang dimaksudkan itu semakin bertambah lemah bahkan ianya juga akan kehilangan rasa sakit disebabkan oleh kebas-kebas.
3. Lumpuh Kerana Gangguan Saraf.
Di sini pula anda akan dapati beberapa jenis penyakit saraf.Banyak di antara saraf di dalam badan manusia mempunyai tisu yang berfungsi mengatur kegiatan otot-otot. Sebagaimana tisu penerima (Sensory Nerves). Jadi bila mana salah satu mengalami peradangan, maka akan hilanglah keupayaannya untuk mengendalikan otot-otot yang dirangsangkan oleh saraf. Apabila keadaan ini berlaku, bukan sahaja anggota yang dimaksudkan itu semakin bertambah lemah bahkan ianya juga akan kehilangan rasa sakit disebabkan oleh kebas-kebas.
4. Lumpuh Muka.
Gejala lumpuh dalam rawatan urut tradisional seperti ini menjejaskan saraf yang berfungsi menggerakkan otot muka. Ianya terjadi di satu bahagian sahaja. Samada di kiri atau kanan.Kesan daripada akibat tersebut, mulut menjadi kemek sebelah, dahi menjadi berkerut sebelah, manakala matanya pula didapati amat susah untuk ditutup. Selain itu, percakapan seseorang menjadi tidak fasih dan susah untuk difahami kerana sebutannya itu tidak begitu betul dan kurang jelas.
Gagal Dan Jayanya Rawatan Terapi Urut Saraf Tradisional.
Bukan semuanya pesakit lumpuh dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini berjaya dirawat dengan urut saraf tradisional khususnya bagi kes lumpuh biasa. Walaubagaimanapun bagi kes lumpuh luar biasa lebih 50% pesakit yang telah diurut dengan rawatan urut saraf tradisional didapati sembuh walaupun tidak sampai ke tahap 100% pulih.
Berbagai Kaedah Rawatan
Mungkin ramai di kalangan kita yang belum mengetahui bahawa sebenarnya masih terdapat banyak lagi kaedah dan cara-cara rawatan bagi pesakit lumpuh dalam rawatan urut tradisional ini yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu Kelantan, khususnya di kalangan bomoh-bomoh tradisional. Di sini jelaslah bahawa kaedah merawat pesakit lumpuh bukanlah sekadar diurut dengan rawatan urut tradisional serta memakan ubat sahaja sepertimana fahaman sesetengah orang. Selain diurut dengan rawatan urut tradisional, pesakit adakalanya ditanam di tepi pantai sehingga separas bahu dan dibiarkan di situ antara 30 hingga 60 minit pada setiap tiga hari sekali.
Pesakit lumpuh dalam rawatan urut tradisional ini juga disarankan menerima rawatan secara ditungku dengan batu panas pada setiap hari, terutamanya di sekitar otot-otot dan urat anggota yang lumpuh. Dalam pada itu, pesakit juga perlu dirawat dengan cara ditampal ubatan tradisional pada anggota lumpuh dan dibalut dengan kain.
Sesetengah bomoh urut tradisional menggalakkan pesakitnya melatih diri bermandikan embun terutamanya diwaktu pagi, sebelum waktu subuh dengan cara berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat atau dibantu oleh seseorang. Sejarah telah membuktikan bahawa seorang pahlawan Melayu terkenal dari Pahang iaitu Datuk Mat Kilau telah mengamalkannya untuk menguatkan urat saraf.otot-otot serta sendi tulang.
Beberapa kaedah rawatan dan amalan tersebut di atas boleh membantu pesakit lumpuh dalam rawatan urut tradisional ini.
Strok Terbahagi Kepada 2 Kategori
Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa dari sudut pandangan dan kajian, kes strok atau lumpuh dalam rawatan urut tradisional terbahagi kepada 2 kategori yang berlainan sebab. Satu darinya disebut penyakit strok biasa yang dikaitkan dengan penyakit-penyakit dalaman badan seseorang dan yang keduanya ialah penyakit strok luar biasa yang berhubung kait dengan terkena buatan orang.
1. Penyakit Strok Biasa.
Penyakit strok biasa dalam rawatan urut tradisional ini berpunca dari kes-kes dalaman yang telahpun dihuraikan pada awal tajuk.
2. Penyakit Strok Luar Biasa.
Penyakit strok luar biasa dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini amat mudah untuk dikenal pasti. Secara ringkasnya, apabila si pesakit diperiksa oleh mana-mana Pegawai Perubatan dengan bantuan peralatan moden,kemudian ianya disahkan tidak menghidapi apa-apa jenis penyakit dalaman yang ada kaitannya dengan strok biasa, samada kes lumpuh otak kerana kecelakaan, lumpuh otak kerana kejang, lumpuh kerana gangguan saraf atau lain-kain sebab, maka dari situ jelaslah bahawa pesakit tersebut telah diserang oleh penyakit strok luar biasa dalam rawatan urut tradisional ini.
Strok Luar Biasa Ialah Terkena Sihir
Penyakit strok luar biasa dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini ialah sejenis penyakit yang ada kaitannya dengan ilmu sihir, ilmu hitam atau terkena buatan seseorang. Penyakit strok luar biasa dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini tidak boleh dikesan atau dikenal pasti walaupun dengan menggunakan alat-alat moden yang canggih yang terdapat di hospital-hospital. Kalaulah Berjaya dikesan sekalipun pihak berkuasa di hospital tidak berupaya merawat pulih penyakit strok luar biasa dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini.
Penyakit strok luar biasa dalam rawatan terapi urut saraf tradisional jenis ini biasanya terkena atau menimpa seseorang dengan tiba-tiba terutamanya diwaktu malam hari. Kedatangan penyakit strok luar biasa dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini dikatakan terlalu pantas seperti kilat manakala pemergiannya amat perlahan seperti perjalanan seekor semut.
Kes penyakit strok luar biasa dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini adalah seakan-akan sama saja dengan kes seperti lelaki yang terkena kunci senjata. Apabila seseorang lelaki telah terkena kunci, Ia lazimnya tidak berupaya menegangkan anggota tersebut terutamanya apabila berada di luar stesyen. Pada pandangan pakar urut tradisional, dari satu sudut, mungkin juga lelaki yang terbabit dengan kes senjata dikunci boleh dimasukkan di bawah kategori strok zakar.
Pandangan Orang Alim Serta Ahli Perubatan Tradisional
Menurut seorang Tuan Guru yang juga berkhidmat sambilan sebagai ahli perubatan tradisional terkenal di Kelantan, bahawa terdapat 2 cara bagaimana sesuatu bala atau penyakit itu boleh sampai dan menimpa seseorang. Setiap bala dan penyakit yang akan menimpa manusia sememangnya sudah tertulis di loh mahfuz.. samada ianya berlaku atau tidak, itu bergantung kepada kehendak Allah. Jika seseorang itu sentiasa berwirid, memohon dijauhkan bala dan banyak berselawat ke atas nabi serta banyak bersedekah, kemungkinan doanya itu dimakbulkan. Sebaliknya jika bala masih juga menimpanya, ia haruslah dianggap sebagai suatu kifarat yang boleh menghapuskan dosa sekiranya ia bersabar.
Sebenarnya terdapat 2 cara bagaimana sesuatu penyakit itu khususnya penyakit strok dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini menimpa seseorang. Pertamanya ialah dengan termakbulnya doa serta berkat sembahyang hajat yang dilakukan oleh orang perseorangan atau ahli-ahli jemaah yang telah dizalimi. Yang keduanya ialah dengan cara menggunakan ilmu sihir dan ditujukan terus kepada seseorang atau ditanamkan sesuatu di tepi jalan atau di pintu pagar.
Penyakit Luar Biasa Berlaku Dalam 3 Keadaan.
Kesimpulannya, penyakit-penyakit luar biasa pula terbahagi kepada 3 kategori yang berlainan cara.Antaranya yang dikenal pasti ialah:-
Penyakit yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, ke atas seseorang.
Penyakit atau bala yang diturunkan Allah SWT ke atas seseorang sebagai memakbulkan doa atau berkatnya sembahyang hajat golongan dizalimi.
Penyakit dari hasil usaha manusia yang ditujukan kepada seseorang dengan niat jahat atau hasad dengki dan dengan izin serta kuasa Allah, maka terkenalah penyakit ke atas mangsa yang ditujukan.
Kaedah Rawatan Awal Dan Mengesan Penyakit
Sepertimana yang telah dijelaskan, bahawa semua jenis penyakit luar biasa khususnya penyakit strok dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini amat mudah sekali untuk dikenalpasti, di mana apabila pesakit telah sekian lama dirawat di hospital atau diurut dengan rawatan terapi urut saraf tradisional berulangkali tetapi masih juga tidak membawa apa-apa kesan. Itu beerti ianya telah diserang oleh penyakit luar biasa dalam rawatan urut tradisional ini.
Pesakit ini apabila apabila dibawa bertemu dengan ahli perubatan tradisional yang betul-betul mahir dalam selok belok ilmu hitam atau sihir, akan segera menunjukkan sikap serta tabiat berlawan atau negative. Lazimnya, apabila ahli perubatan tradisional mengurut dan memicit perlahan-lahan pada mana-mana satu, samada jari tangan atau jari kaki terutamanya di ibu jari, maka pesakit akan melaung sekuat-kuatnya. Semakin kuat tekanan terapi urut saraf tradisional dilakukan, maka semakin kuatlah pula laungan. Pada masa itulah ahli perubatan tradisional ini boleh berkomunikasi dengan pesakit.
Biasanya, soalan pertama yang diajukan kepada pesakit ialah,”Dari manakah kamu ini datang”. Pesakit pula boleh jadi akan menjawab,”Aku tak mahu beritahu” ataupun “Aku datang dari kampung…”.Soalan kedua ditanya oleh ahli perubatan tradisional itu ialah,”Siapakah yang menyuruh kamu kemari?”. Pada ketika itu, sekiranya ahli perubatan tradisional yang terbabit dengan penghantaran atau pembikinan benda yang ditanam di pintu pagar rumah pesakit itu terdiri di kalangan orang yang betul-betul hebat atau pakar dalam ilmu hitam atau sihir, maka pesakit seolah-olah enggan untuk berterus terang, sehinggalah ahli perubatan tradisional yang merawatnya bertindak kasar.
Cerita Tak Logik?
Apabila cerita yang sedemikian dipaparkan kepada umum sudah tentu para pembaca terasa amat ragu untuk mempercayainya kecuali anda datang sendiri dan melihatnya secara lebih dekat.
Anda sudah tentunya akan bertanya bagaimanakah seorang pesakit strok dalam rawatan urut tradisional ini yang tidak boleh berdiri dan berjalan tiba-tiba sanggup mencabar orang yang sihat untuk lawan bertumbuk atau bergusti, logiknya begitulah pada pandangan mata kasar. Satu lagi soalan yang akan timbul dalam kepala anda ialah, bagaimanakah seorang pesakit berupaya memberitahu orang lain tentang dari mana asal usul penyakit serta orang yang bertanggungjawab membikinkannya.
Golongan Sasaran.
Di bawah ini adalah orang perseorangan atau kumpulan yang mempunyai risiko tinggi diserang oleh penyakit strok dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini:
1. Pengidap kencing manis yang teruk.
2. Pengidap sakit jantung.
3. Pengidap tekanan darah tinggi.
4. Mangsa terbabit dalam kemalangan.
5. Lelaki yang terlalu gemuk.
6. Usia yang terlalu lanjut.
7. Ibu yang lepas bersalin.
Jenis-Jenis Strok Luar Biasa
1. Kena Buatan Orang – Terminum, termakan, terlangkah, terpijak atau terkena minyak.
Tempat Rujukan:
Mula-mula bawakan pesakit ke hospital. Jika pihak hospital tidak dapat mengesan penyakit, bawalah berjumpa dengan mana-mana ahli perubatan tradisional yang dianggap betul-betul pakar dalam merawat pesakit. Jika didapati perawat urut tradisional tersebut juga tidak berupaya merawat pesakit, maka bawalah bertemu dengan orang-orang yang tahu selok belok merawat pesakit itu.
Dihospital pesakit diberi rawatan secara fisioterapi dan juga terapi. Selain dari itu pesakit diberikan ubat. Kebanyakan perawat urut tradisional menggunakan kaedah mengesan penyakit dengan mmemicit urut di ibu jari pesakit. Pesakit kemudiannya dimandikan dengan menggunakan air yang sudah di doakan oleh perawat urut tradisional.
2. Terkena Doa Atau Sembahyang Hajat Seseorang Ataupun Ahli Jemaah Yang Dizalimi.
Tempat Rujukan: sama seperti diatas.
3. Ibu Lepas Bersalin.
Tempat Rujukan:
Bawalah berjumpa dengan bidan-bidan kampung yang betul-betul berpengalaman dan mahir. Kaedah rawatannya adalah dimandikan sisakit dengan air yang dimasuk 20 jenis bunga selama 7 hari berturut-turut. Diberi makan ubat serta minuman air penawar. Kemudiannya ditungku dengan batu yang panas dan diurut dengan rawatan urut tradisional tiap-tiap pagi selama 7 hati berturut-turut selepas dimandi. Dalam apa jenis rawatan sekalipun pesakit perlu juga diurut dengan rawatan terapi urut saraf tradisional.
Pesakit Strok Mati Pucuk
Sukacita dimaklumkan bahawa kebanyakan lelaki yang diserang oleh strok yang serius didapati telah mati pucuk. Oleh hal yang demikian, disarankan agar seluruh zakar/peler pesakit perlulah juga diurut dengan rawatan terapi urut saraf tradisional.
Langkah-Langkah Pengawalan
1. Kawalkanlah makanan dan diet anda agar badan tidak menjadi terlalu gemuk serta berperut buncit. Berat badan yang gemuk melebihi 10 kg boleh membawa risiko penyumbatan salurnadi darah akibat kelebihan paras kolestrol dan lemak. Apabila hal ini berlaku, maka berbagai jenis penyakit lain pula dijangka menyerang anda seperti tekanan darah tinggi, tajuk jantung, pembekakan salur nadi darah di otak yang mana kesemuanya itu boleh membawa kepada serangan strok dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini.
2. Kawalkanlah makanan dan diet agar tidak terkena penyakit-penyakit kencing manis. Kencing manis yang teruk menyebabkan lelaki akan mati pucuk.
3. Pastikan anda mendapatkan gerak badan atau senaman yang mencukupi setiap hari untuk membantu hancurkan lemak serta kolestrol di dalam badan anda.
Jenis-Jenis Ubatan Tradisional
Anda boleh mencuba proses adun sendiri ramuan berikut untuk dijadikan ubat.
1. Ambilkan segenggam daun landepri. Pokok ini senang didapati di pagar-pagar rumah masyarakat Melayu. Batangnya berwarna hijau dan berduri. Daunnya berwarna hijau,tajam dan tirus di hujung. Ambilkan adas pulowaras dan masukkan sedikit air mati.Ketiga-tiga bahan tadi ditumbuk hingga lumat kemudian ditampal pada urat otot-otot bengkak anggota yang terkena strok, iaitu selepas pesakit diurut atau dituku. Selepas itu balutkanlah dia dengan kain untuk mengelakkan tergugur atau tertanggal apabila kering nanti. Proses dan tampalkanlah ubat ini setiap hari selama mana pesakit diurut.
2. Amalkan memakan burung merpati yang jantan dengan cara membuat sup yang dimasuk bersama halia merah.
3. Ambillah sarang lebah yang masih terdapat lagi sedikit madunya. Tumbukanlah sarang lebah tersebut sehingga menjadi kempis, kemudian tampalkannya di anggota yang terkena strok dengan cara diikatkannya dengan tali atau dibalut dengan kain.
4. Ambilkan pokok serai, daun pandan dan daun nangka. Kesemuanya itu direbus dalam periuk tanah sehingga mendidih.Apabila air tersebut sudah didapati panas/suam, maka gunakanlah untuk dibuat mandi pada setiap pagi.
Walau apapun cara rawatan di atas, yang teramat penting dan utama adalah melalui rawatan terapi urut saraf tradisional untuk penyembuhan dan pemulihan penyakit strok.