Penyakit Uluran
Adalah sukar untuk memberikan pengertian mengenai sakit uluran dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini. Secara umumnya sakit uluran dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini ditakrifkan sebagai “any testicular swelling; burut, pasang-pasang,“. Walau bagaimanapun pengertian ini tidak tepat untuk menjelaskan pengertian sakit uluran dalam rawatan urut tradisional ini, kerana kenyataannya tidak jelas. Apa yang pasti ialah penyakit uluran ini adalah penyakit yang lazim terjadi pada kaum lelaki tanpa mengira peringkat umur samada kanak-kanak atau orang dewasa.Menurut seorang perawat @ pakar urut tradisional, penyakit uluran dalam rawatan urut tradisional ini adalah merupakan sakit warisan yang terjadi ketika percantuman benih lagi. Walaupun demikian, pendapat ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik kerana tidak terdapat bukti yang meyakinkan mengenainya.
Menurut perawat @ pakar urut tradisional ini lagi, penyakit uluran dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini juga mungkin akan menyerang seseorang yang bertabiat suka makan atau minum bahan-bahan yang dianggap sejuk, yang menyebabkan angin berlebihan dalam perut. Pendapat ini disokong oleh Doktor Suriah Abd Rahman. Beliau menyatakan angin yang masuk dalam tubuh seseorang pada kebiasaannya diserap semula dalam usus akibat pergerakan bahan-bahan makanan dalam usus terlalu cepat. Angin yang terlebih inilah yang menyebabkan seseorang itu mengalami sakit perut memulas, sakit mencucuk bahagian pinggang, pening dsb.
Jenis-Jenis Sakit Uluran
Seorang responden yang ditemui iaitu seorang perawat dan pakar terapi urut saraf tradisional membahagikan sakit uluran kepada empat jenis iaitu:
1. Uluran Angin – Sakit uluran dalam rawatan terapi urut saraf tradisional inilah yang sering dialami oleh kebanyakan laki-laki. Ianya berpunca daripada angin berlebihan dalam usus. Angin ini akan naik ke bahagian kepala melalui belikat menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala. Sekiranya sakit uluran dalam rawatan urut tradisional ini tidak dikawal dan dibiarkan berpanjangan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit darah tinggi. Selain daripada itu, angin sesat juga akan mengisi ruang-ruang kosong di bahagian sendi, menyebabkan sakit bengkak sendi.
2. Uluran Urat – Sakit uluran dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini boleh menyebabkan urat bersimpul dan dikatakan boleh menyebabkan seseorang mengalami kekejangan urat. Sakit uluran urat dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini juga boleh menyebabkan lemah syahwat.
3. Uluran Lendir – Sakit uluran dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini adalah berpunca akibat amalan pemakanan yang tidak berperaturan menyebabkan pembentukan lendir dan lemak berhimpun di buah pinggang. Jika sakit uluran dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini tidak dikawal, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit buah pinggang.
4. Uluran Darah – Sakit uluran dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini juga dikenali sebagai sakit darah panas. Sakit uluran dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini boleh menyerang jika seseorang itu terlalu banyak berfikir. Adalah dipercayai darah panas akan naik ke kepala, menyebabkan seseorang itu pening.
Pendapat ini adalah berdasarkan keterangan dan pengalaman orang-orang tua yang terdahulu, tanpa bukti-bukti saintifik. Kerana itu kebenarannya adalah kurang meyakinkan. Diantara tanda-tanda umum seseorang itu mengidap sakit uluran dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini adalah seperti berikut:
1. Muka pucat, lesu dan kurang bertenaga.
2. Tapak kaki menjadi sejuk seperti rias (umbut pisang), tanpa mengira waktu samaada siang atau malam.
3. Sering mengalami sakit kepala.
4. Kerap buang air kecil.
5. Kebas kaki dan tangan.
6. Buah pelir besar sebelah yang juga dikenali sebagai burut.
7. Sembelit.
8. Apabila seseorang yang mengalami sakit uluran dalam rawatan urut tradisional ini makan makanan atau minum minuman yang dianggap sejuk, perut akan rasa bergelora, sakit memulas serta mencucuk di bahagian pinggang.
Rawatan Sakit Uluran
Rawatan terhadap sakit uluran dalam rawatan terapi urut saraf tradisional ini ialah dengan mengawal diri daripada memakan makanan dan minum minuman yang tidak sesuai dengan penyakit ini iaitu makanan dan minuman yang dianggap sejuk. Masa makan juga hendaklah teratur dan kurangkan makan makanan yang mengandungi banyak lemak dan karbohidrat kerana makanan ini akan memudahkan pembentukan lemak dan lendir dalam saluran darah.
Rawatan terapi urut saraf tradisional juga penting kepada pesakit uluran ini. Rawatan terapi urut saraf tradisional yang diperolehi akan menghapuskan segala angin, lemak dan lendir di dalam salur darah. Ini akan membuatkan salur darah kita tidak tersumbat dan akan mengalakkan pengaliran darah sihat ke seluruh tubuh. Hal ini membuatkan tubuh kita akan menjadi sihat daripada tindakbalas anggota tubuh yang sihat tadi yang memperbaiki sistem dalam tubuh. Pakar terapi urut saraf tradisional yang terlatih adalah amat perlu dalam memberi rawatan terapi urut saraf tradisional kepada anda. Pakar terapi urut saraf tradisional ini tahu untuk menjalankan rawatan terapi urut saraf tradisional dengan baik iaitu tahu di mana yang perlu diurut dsb. Sememangnya, segala penyakit uluran itu, ubat yang terbaik adalah rawatan terapi urut saraf tradisional bagi mereka yang pakar tentang masalah uluran..